Showing posts with label Aura qistinasalt. Show all posts
Showing posts with label Aura qistinasalt. Show all posts

Tuesday, June 4, 2013

perbezaan garam bukit dan garam laut

Beza Garam Putih, Garam Bukit & Garam Semulajadi
Kali ini kami ingin menyatakan perbezaan di antara garam bukit yang didakwa garam 'asli' dan garam semulajadi dari pergunungan Himalaya serta garam laut. Ramai yang terkeliru dengan jenis-jenis garam yang terdapat di pasaran hari ini dan mereka kurang mendapat maklumat tentang mana satu yang terbaik untuk tubuh kita.

Garam ialah sejenis mineral. Dalam bahasa kimia, ia dipanggil sodium klorida. Garam menambah perisa kepada makanan dan sebagai bahan pengawet. Garam adalah satu-satunya jenis 'batu' yang boleh dimakan manusia. Apa saja jenis garam sama ada garam bukit, garam laut atau garam putih datang dari alam semulajadi. Kaedah pemprosesan selepas itu menjadikan garam-garam ini berbeza.

Garam putih berasal dari lautan atau batu dari gunung. Ia sebenarnya sudah diproses dan 'dibersihkan' agak keterlaluan. Sama seperti memproses gula tebu untuk dijadikan gula putih. Garam putih boleh didapati di kedai-kedai runcit biasa. Walaupun ia berasal dari alam semulajadi, ia sudahpun melalui proses kimia dan menjadikan ia tidak sesuai untuk tubuh manusia. Tetapi 99% pengguna di negara ini masih menggunakan garam jenis ini untuk masakan. 

Garam laut pula berasal dari lautan. Warnanya agak kelabu tidak seperti garam putih yang berwarna putih 'bersih'. Garam laut didapati dari lautan dan dikeringkan melalui proses evaporasi cahaya matahari untuk mendapatkan kristal. Ia hampir 100% asli dan lebih baik dari garam putih. 

Garam bukit pula berasal dari gunung-ganang. Warnanya ialah kemerahan atau pink. Yang terbanyak di pasaran ialah garam Himalaya - iaitu digali dari batu mineral di pergunungan Himalaya. Garam ini adalah adalah seratus-peratus asli dan hampir tidak diproses. Ini adalah jenis garam yang terbaik untuk manusia. Ia mengandungi mineral-mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti potasium, kalsium, magnesium, zink dan berpuluh-puluh jenis mineral lain. Pergunungan Himalaya boleh dikatakan masih bebas dari pencemaran alam dan garam di sini adalah jenis yang terbaik. Garam bukit asli ini juga boleh diperolehi di kawasan pergunungan negara-negara Eropah tetapi di sini terdapat banyak pencemaran.

Terdapat satu senario jenis garam yang terdapat di pasaran yang didakwa 'garam asli' atau 'garam bukit' tetapi yang peliknya ia berwarna putih bersih hampir tiada beza dengan garam putih biasa. Agak melucukan mengatakan ia adalah garam asli. Sebenarnya ia bukan jenis yang berbeza tetapi sama dengan garam putih. Dakwaan sebegini adalah salah satu strategi pemasaran (penipuan produk) kerana semua garam putih berasal sama ada dari lautan atau gunung. Disebabkan ia diperolehi dari gunung, maka dengan mudahnya pengeluar meletakkan label sebagai 'garam bukit' dan 'garam asli'. Jika ia benar-benar garam asli yang diambil dari kawasan pergunungan, warnanya tidak seputih sedemikian rupa. Jadi, ia sudah pasti diproses secara keterlaluan.  

Hari ini, berbagai helah telah digunakan oleh pengeluar untuk menarik perhatian pelanggan dan sebagai pengguna, kita perlu bijak mendapatkan informasi terkini dan menyelidik apa agenda di sebalik semua dakwaan itu.

Monday, June 3, 2013

kandungan garam bukit

Kandungan Garam bukit 

.100% Asli – Mengandungi 84 “ natural” elemen yang diperlukan oleh tubuh badan manusia:
Hydrogen, Lithium,Beryllium, Boron,Carbon, Nitrogen,Oxygen,Fluoride,Sodium,  Magnesium,Aluminum, Silicum, Phosphorus,sulfur,Chloride,Calcium,Scandium,Titanium,Vanadium,    Chromium,manganese,iron,cobalt,nickel,copper,zinc,gallium,germanium,arsenic,selenium,bromine, Rubidium,strontium,yttrium,zirconium,niobium,molybdenum,ruthenium,rhodium,palladium,silver, cadmium,indium,tin,antimony,tellurium,iodine,cesium,barium,lanthanum,cerium,praseodymium, Samarium,europium,gadolinium,terbium,dysprosium,holmium,erbium,thulium,ytterbium,lutetium, Hafnium,tantalum, fungsten,rhenium. Osmium,iridium,platinum,gold ,mercury ,thallium,lead, bismuth,Polonium, Astatine, Francium, Radium, Actinium, Thorium, Protactinium, Uranium,Neptunium and Plutonium.Maklumat di bawah adalah dari Natural Resources, Inc., pengarang buku, “Water & Salt, The Essence of Life” oleh Dr. Barbara Hendel, MD and Biophysicist, Peter Ferreira.

Cahaya matahari telah mengeringkan laut dahulukala yang wujud sejak berjuta-juta tahundahulu sehingga garam bukit terjadi. Garam bukit ini kelihatan jernih dan semulajadi . Ia terbentuk akibat berlaku tekanan. Semakin tinggi tekanan semakin sempurnalah bentuk dan strukturnya . Mengikut maklumat yang diperolehi garam bukit ini adalah satu-satunya berstruktur geometrik pernah ditemui . Antara warna yang biasa didapati adalah putih, pink , oren kemerah-merahan . Lagi banyak kesempurnaan geometri garam makin tinggi nilainya. Samalah seperti berlian .
Suatu ketika dahulu garam bukit dikenali sebagai” Raja Garam atau emas putih ” kerana ia hanya dihidangkan kepada golongan diraja sahaja . Elemen garam yang amat kecil memudahkan sel badan kita untuk menyerap unsurnya. Ia tidak cerna dalam badan malah ia tidak mengandungi kalori merbahaya . Dari sudut geologi garam ini juga dikenali sebagai ” halite ” ( garam biasa ) yang berkomposisikan sodium klorida .NACL .
 
Kuasa Garam Untuk Bertukar

Dari kaca mata sains , garam mempunyai nilai yang unik . Berbanding struktur kristal yang lain , struktur atom garam bukan berbentuk molekul tetapi berbentuk caj elektrik. Fakta ini membuktikan garam mampu berubah bentuk . Semasa kristal Kuarza direndam ke dalam air ia langsung tidak bertukar menjadi molekul walaupun ia berstruktur kristal .Sungguh pun kristal boleh membekalkan tenaga, corak frekuensi tenaga bergantung kepada corak air , yang dengan mudahnya terlarut . Kristal Kuarza berkeadaan kekal . Ia terlalu kaku untuk larut atau dikaitkan dengan polaritinya .Apabila garam larut dalam air , ia mencair semasa itu terbentuklah sole ( so-lay ) . Sole adalah berupa bukan air bukan juga garam. Sebaliknya apabila berlaku proses penyejatan sole menjadi garam semula .Perubahan garam ini tidak menentukan yang ia tidak semestinya berlaku proses metabolise dalam badan kita . Kanji akan bertukar menjadi gula , protein akan menjadi asid amino dan lemak pula bertukar menjadi gliserin dan asid . Garam tetap garam . Ia secara terus dapat digunakan didalam sel badan dalam bentuk ion yakni sole .Semua makanan mesti berpecah mengikut polaritinya supaya badan dapat menggunakannya. Tetapi garam terus kekal dalam bentuk asalnya malah ia memasuki bahagian otak kita .Garam dan Aktiviti otak

Malah proses yang paling mudah dalam badan kita memerlukan garam atau unsur semulajadinya yang berbentuk ion. Sebagai contoh adalah tugas sistem saraf kita untuk menghantar rangsangan yang telah direkod melalui deria input ke otak kita . Dan kemudiannya menghantar maklumat ini kembali kepada otot untuk bertindak balas mengikut rangsangan yang berlaku .Muncul potensi elektrik berlaku pada dinding membran sel apabila ion caj potassium yang positif meninggalkan sel dan kerana saiznya yang besar juga ion caj sodium yang positif tidak dapat memasukinya . Bahagian luaran menjadi caj positif dan bahagian dalaman menjadi caj negatif . Apabila sistem saraf menerima rangsangan membrannya tiba-tiba menjadi polar bertentangan dan akibatnya telah diresapi oleh ion sodium .Dalam masa 1 /1000 saat , potensi elektrik berubah dan dibebaskan , dengan setiap denyutan saraf , 90 mill volt tenaga terhasil. Rangsangan yang diterima kini bertukar menjadi fikiran dan perbuatan . Tanpa unsur potassium dan sodium dalam garam, proses ini mustahil berlaku . Apalagi untuk berfikir , apalagi untuk bertindak juga mustahil tanpa kehadiran unsur berkenaan.Tindakan minum segelas air , memerlukan berjuta-juta arahan yang berlaku melalui dorongan . Pada mulanya hanyalah fikir nak minum . Fikiran itu bukan apa-apa tapi adalah frekuensi elektromagnet . Garam bertanggungjawab untuk membolehkan frekuensi itu ditukarkan menjadi arahan kepada otot dan organ .

http://www.facebook.com/AuraQistinasalt
019-6768247
fb- wazi sparta