Monday, September 30, 2013

khasiat mandian garam gunung

Garam dalam konsep mandian seperti di Laut Mati sebenarnya adalah teori pemendapan basah. Semua radiasi yang berada dalam tubuh manusia akan terlerai dan terserap ke dalam air serta dirakam di dalam bumi atau tanah. Seumpama buah oren yang masam atau buah yang mengandungi vitamin C berlebihan akan dapat dineutralkan asidnya jika direndam ke dalam ais yang bergaram. Anda yang berpenyakit sepatutnya berendam di dalam air garam yang mempunyai ais dengan rakaman tenaga getaran ros putih sebagai pemangkin untuk merangsang kelajuan sistem saraf bagi membolehkan pergerakan elektron dan proton di dalam dan luar tubuh manusia. Anda pasti merasa segar di samping memiliki kulit yang halus serta tulang yang kuat.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, September 23, 2013

Saturday, June 22, 2013

RAMADHAN PROMOTION

Garam gunung aura + garam gunung aroma + aura spray
ONLY... RM50 all in one kilos..
add postage rm10- semenanjung
rm20- sabah n sarawak

Saturday, June 15, 2013

GARAM GUNUNG Aura qistinasal

tahukah anda dengan amalan merendam kaki atau mandian garam gunung dapat meningkatkan aura positif dan membaikpulih sistem dan tubuh badan anda.. anda tidak akan tahu khasiatnya selagi anda tidak mencubanya sendiri.. terbukti berkesan...

Wednesday, June 12, 2013

garam gunung Aura qistinasalt

mana asalnya aura dan apa itu aura

Fenomena dalam tubuh manusia ini amat menakjubkan para pengkaji dan saintis ditambah pula dengan penemuan Medan Tenaga Manusia (Human Energy Field (HEF)) oleh Dr Willian Kilner pada tahun 1911 lagi. Kilner memanggilnya sebagai AURA dan istilah ini masih digunakan sampai hari ini. Kajiannya mendapati bahawa medan tenaga manusia ini memiliki beberapa lapisan tenaga utama. Lapisan paling hampir berada dalam tubuh hingga ke kulit. Lapisan kedua meliputi satu inci daripada kulit dan lapisan ketiga meliputi 6 inci daripada lapisan kulit tubuh manusia. Ujian teliti telah dilakukannya dan mendapati bahawa kadar lapisan tenaga ini berbeza berdasarkan umur, jantina, kesihatan, kebolehan mental dan emosi seseorang.

fb page- http://www.facebook.com/AuraQistinasalt
fb - wazi spart
watsup/viber/sms- 0196768247

Monday, June 10, 2013

garam gunung himalaya dari segi sains dan fizik

Garam yang mempunyai nilai potassium yang amat tinggi seperti garam bukit yang amat masin dan digemari binatang-binatang di dalam hutan terbukti amat baik untuk amat kesihatan. Garam rendah seperti sodium pula dapat meneutralkan asid dan gas dalam badan. Laut mati yang amat masin mempunyai fungsi yang sama. Orang-orang tua zaman dahulu menggunakan garam sebagai petua menghalau unsur-unsur tekanan darah dalam julat frekuensi yang besar dan perlahan serta panas sebelum memasuki rumah kosong atau rumah baru yang telah lama tidak diduduki.

Getaran tenaga dalam tubuh manusia banyak persamaan dalam frekuensi bunyi garam. Garam sebenarnya dijadikan sebagai peneutral kepada bahan-bahan yang berasid. As-Sunnah atau amalan Nabi SAW dan orang-orang tua mempraktikkan secubit garam ke dalam lidahsebelum dan selepas makan untuk memastikan bahan-bahan pemakanan yang rendah frekuensinya menjadi lebih tinggi. Rasa atau zat makanan akan dapat dimaksimumkan kerana enzim di dalam perut turut meningkat dengan keperluan sistem penghadaman. Dari itu kita dapat mengelakkan daripada beberapa penyakit seperti gastrik yang disebabkan oleh asid amino yang berlebihan.

Garam juga adalah rahsia kristal yang mempunyai cahaya yang bersinar-sinar. Batu-batu kristal perlu dicuci dengan garam agar ia bercahaya semula. Andaikata ini tidak dibuat maka kristal akan menjadi pudar dan malap. Begitu juga tubuh badan kita jika amalan mandi air garam dijadikan sebagai satu keperluan harian maka kita akan merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya.

visit our page at
http://www.facebook.com/AuraQistinasalt
hp- 0196768247 (viber/watsup)

Tuesday, June 4, 2013

perbezaan garam bukit dan garam laut

Beza Garam Putih, Garam Bukit & Garam Semulajadi
Kali ini kami ingin menyatakan perbezaan di antara garam bukit yang didakwa garam 'asli' dan garam semulajadi dari pergunungan Himalaya serta garam laut. Ramai yang terkeliru dengan jenis-jenis garam yang terdapat di pasaran hari ini dan mereka kurang mendapat maklumat tentang mana satu yang terbaik untuk tubuh kita.

Garam ialah sejenis mineral. Dalam bahasa kimia, ia dipanggil sodium klorida. Garam menambah perisa kepada makanan dan sebagai bahan pengawet. Garam adalah satu-satunya jenis 'batu' yang boleh dimakan manusia. Apa saja jenis garam sama ada garam bukit, garam laut atau garam putih datang dari alam semulajadi. Kaedah pemprosesan selepas itu menjadikan garam-garam ini berbeza.

Garam putih berasal dari lautan atau batu dari gunung. Ia sebenarnya sudah diproses dan 'dibersihkan' agak keterlaluan. Sama seperti memproses gula tebu untuk dijadikan gula putih. Garam putih boleh didapati di kedai-kedai runcit biasa. Walaupun ia berasal dari alam semulajadi, ia sudahpun melalui proses kimia dan menjadikan ia tidak sesuai untuk tubuh manusia. Tetapi 99% pengguna di negara ini masih menggunakan garam jenis ini untuk masakan. 

Garam laut pula berasal dari lautan. Warnanya agak kelabu tidak seperti garam putih yang berwarna putih 'bersih'. Garam laut didapati dari lautan dan dikeringkan melalui proses evaporasi cahaya matahari untuk mendapatkan kristal. Ia hampir 100% asli dan lebih baik dari garam putih. 

Garam bukit pula berasal dari gunung-ganang. Warnanya ialah kemerahan atau pink. Yang terbanyak di pasaran ialah garam Himalaya - iaitu digali dari batu mineral di pergunungan Himalaya. Garam ini adalah adalah seratus-peratus asli dan hampir tidak diproses. Ini adalah jenis garam yang terbaik untuk manusia. Ia mengandungi mineral-mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti potasium, kalsium, magnesium, zink dan berpuluh-puluh jenis mineral lain. Pergunungan Himalaya boleh dikatakan masih bebas dari pencemaran alam dan garam di sini adalah jenis yang terbaik. Garam bukit asli ini juga boleh diperolehi di kawasan pergunungan negara-negara Eropah tetapi di sini terdapat banyak pencemaran.

Terdapat satu senario jenis garam yang terdapat di pasaran yang didakwa 'garam asli' atau 'garam bukit' tetapi yang peliknya ia berwarna putih bersih hampir tiada beza dengan garam putih biasa. Agak melucukan mengatakan ia adalah garam asli. Sebenarnya ia bukan jenis yang berbeza tetapi sama dengan garam putih. Dakwaan sebegini adalah salah satu strategi pemasaran (penipuan produk) kerana semua garam putih berasal sama ada dari lautan atau gunung. Disebabkan ia diperolehi dari gunung, maka dengan mudahnya pengeluar meletakkan label sebagai 'garam bukit' dan 'garam asli'. Jika ia benar-benar garam asli yang diambil dari kawasan pergunungan, warnanya tidak seputih sedemikian rupa. Jadi, ia sudah pasti diproses secara keterlaluan.  

Hari ini, berbagai helah telah digunakan oleh pengeluar untuk menarik perhatian pelanggan dan sebagai pengguna, kita perlu bijak mendapatkan informasi terkini dan menyelidik apa agenda di sebalik semua dakwaan itu.

Monday, June 3, 2013

kandungan garam bukit

Kandungan Garam bukit 

.100% Asli – Mengandungi 84 “ natural” elemen yang diperlukan oleh tubuh badan manusia:
Hydrogen, Lithium,Beryllium, Boron,Carbon, Nitrogen,Oxygen,Fluoride,Sodium,  Magnesium,Aluminum, Silicum, Phosphorus,sulfur,Chloride,Calcium,Scandium,Titanium,Vanadium,    Chromium,manganese,iron,cobalt,nickel,copper,zinc,gallium,germanium,arsenic,selenium,bromine, Rubidium,strontium,yttrium,zirconium,niobium,molybdenum,ruthenium,rhodium,palladium,silver, cadmium,indium,tin,antimony,tellurium,iodine,cesium,barium,lanthanum,cerium,praseodymium, Samarium,europium,gadolinium,terbium,dysprosium,holmium,erbium,thulium,ytterbium,lutetium, Hafnium,tantalum, fungsten,rhenium. Osmium,iridium,platinum,gold ,mercury ,thallium,lead, bismuth,Polonium, Astatine, Francium, Radium, Actinium, Thorium, Protactinium, Uranium,Neptunium and Plutonium.Maklumat di bawah adalah dari Natural Resources, Inc., pengarang buku, “Water & Salt, The Essence of Life” oleh Dr. Barbara Hendel, MD and Biophysicist, Peter Ferreira.

Cahaya matahari telah mengeringkan laut dahulukala yang wujud sejak berjuta-juta tahundahulu sehingga garam bukit terjadi. Garam bukit ini kelihatan jernih dan semulajadi . Ia terbentuk akibat berlaku tekanan. Semakin tinggi tekanan semakin sempurnalah bentuk dan strukturnya . Mengikut maklumat yang diperolehi garam bukit ini adalah satu-satunya berstruktur geometrik pernah ditemui . Antara warna yang biasa didapati adalah putih, pink , oren kemerah-merahan . Lagi banyak kesempurnaan geometri garam makin tinggi nilainya. Samalah seperti berlian .
Suatu ketika dahulu garam bukit dikenali sebagai” Raja Garam atau emas putih ” kerana ia hanya dihidangkan kepada golongan diraja sahaja . Elemen garam yang amat kecil memudahkan sel badan kita untuk menyerap unsurnya. Ia tidak cerna dalam badan malah ia tidak mengandungi kalori merbahaya . Dari sudut geologi garam ini juga dikenali sebagai ” halite ” ( garam biasa ) yang berkomposisikan sodium klorida .NACL .
 
Kuasa Garam Untuk Bertukar

Dari kaca mata sains , garam mempunyai nilai yang unik . Berbanding struktur kristal yang lain , struktur atom garam bukan berbentuk molekul tetapi berbentuk caj elektrik. Fakta ini membuktikan garam mampu berubah bentuk . Semasa kristal Kuarza direndam ke dalam air ia langsung tidak bertukar menjadi molekul walaupun ia berstruktur kristal .Sungguh pun kristal boleh membekalkan tenaga, corak frekuensi tenaga bergantung kepada corak air , yang dengan mudahnya terlarut . Kristal Kuarza berkeadaan kekal . Ia terlalu kaku untuk larut atau dikaitkan dengan polaritinya .Apabila garam larut dalam air , ia mencair semasa itu terbentuklah sole ( so-lay ) . Sole adalah berupa bukan air bukan juga garam. Sebaliknya apabila berlaku proses penyejatan sole menjadi garam semula .Perubahan garam ini tidak menentukan yang ia tidak semestinya berlaku proses metabolise dalam badan kita . Kanji akan bertukar menjadi gula , protein akan menjadi asid amino dan lemak pula bertukar menjadi gliserin dan asid . Garam tetap garam . Ia secara terus dapat digunakan didalam sel badan dalam bentuk ion yakni sole .Semua makanan mesti berpecah mengikut polaritinya supaya badan dapat menggunakannya. Tetapi garam terus kekal dalam bentuk asalnya malah ia memasuki bahagian otak kita .Garam dan Aktiviti otak

Malah proses yang paling mudah dalam badan kita memerlukan garam atau unsur semulajadinya yang berbentuk ion. Sebagai contoh adalah tugas sistem saraf kita untuk menghantar rangsangan yang telah direkod melalui deria input ke otak kita . Dan kemudiannya menghantar maklumat ini kembali kepada otot untuk bertindak balas mengikut rangsangan yang berlaku .Muncul potensi elektrik berlaku pada dinding membran sel apabila ion caj potassium yang positif meninggalkan sel dan kerana saiznya yang besar juga ion caj sodium yang positif tidak dapat memasukinya . Bahagian luaran menjadi caj positif dan bahagian dalaman menjadi caj negatif . Apabila sistem saraf menerima rangsangan membrannya tiba-tiba menjadi polar bertentangan dan akibatnya telah diresapi oleh ion sodium .Dalam masa 1 /1000 saat , potensi elektrik berubah dan dibebaskan , dengan setiap denyutan saraf , 90 mill volt tenaga terhasil. Rangsangan yang diterima kini bertukar menjadi fikiran dan perbuatan . Tanpa unsur potassium dan sodium dalam garam, proses ini mustahil berlaku . Apalagi untuk berfikir , apalagi untuk bertindak juga mustahil tanpa kehadiran unsur berkenaan.Tindakan minum segelas air , memerlukan berjuta-juta arahan yang berlaku melalui dorongan . Pada mulanya hanyalah fikir nak minum . Fikiran itu bukan apa-apa tapi adalah frekuensi elektromagnet . Garam bertanggungjawab untuk membolehkan frekuensi itu ditukarkan menjadi arahan kepada otot dan organ .

http://www.facebook.com/AuraQistinasalt
019-6768247
fb- wazi sparta

Sunday, June 2, 2013

apa itu ikhuwah islamiah

"Konsep Ukhwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih saying yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah swt. Dia melontarkannya kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci. Firman Allah swt yang bermaksud:"""“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”" (Al Anfaal ayat 63)""*KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB UKHUWWAH (PERSAUDARAAN):*""Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani – ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah – yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah s.w.t. Ukhuwwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w:"""“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. "(Hadis riwayat Imam Ahmad).""Di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah satu tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan sendi yang menghubungkan anggota masyarakat.""Harakah Islamiah sangatlah memerlukan agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuat satu anggota yang lain. Ianya seumpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota yang lain akan turut menanggung penderitaannya.""Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhuwwah ini dilaksanakan dengan sempurna dan berperanan dalam pembangunan jamaah, Islam telah menjelaskan cara-cara bagaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara amali dengan memberi penekanan bahawa ia adalah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bukan sekadar ucapan di bibir atau teori semata-mata.""1. Ukhuwwah (yang terjalin di antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda Rasulullah s.a.w yang menyatakan:"""“Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya”."""Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mengatakan:"""“Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”."""
"
"2. Di sudut kejiwaan pula, ukhuwwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah s.a.w:"""“Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari dia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini”." (Hadis riwayat Al-Hakim dan dia mengatakan bahawa sanad-sanadnya sahih).""3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:"""“Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”."""4. Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:"""“Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara: *(1)*Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam,* (2)* Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu, *(3)* Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya, *(4)* Apabila dia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit, *(5)* Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya dan *(6)* Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya”. "(Hadis riwayat Muslim).""5. Ukhuwwah juga bererti kemesraan, kasih-sayang dan saling bantu-membantu. Berhubung dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:"""“Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”." (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).""Rasulullah s.a.w juga bersabda:"""“Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)”." (Hadis riwayat Muslim).""Rasulullah s.a.w juga bersabda:"
""“Setiap perkara kebaikan adalah sedekah. Sesungguhnya di antara perkara mitu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengair”." (Hadis riwayat ).""Rasulullah s.a.w juga bersabda:"
""“Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih-sayang dan akan jauhlah permusuhan”." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).""6. Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia kerana Rasulullah s.a.w bersabda:"""“Sesiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari kiamat”." (Hadis riwayat Tirmizi).""Baginda juga bersabda:"""“Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga”." (Hadis riwayat Muslim)."

Friday, May 24, 2013

cara mandian garam auraqistinasalt

salam.. t.kasih .. kat sini saya nak share sikit pasal bergaram ni.. jadi secara saintifiknya anda bleh lawati page saya.. yg nak saya tekan kan adalah cara mandian garam Aura qistinasalt ni..
» ambil 3 sudu teh garam Aura Qistina salt letak kan dlm air yg suam2 kuku..
» gaul arah lawan jam (wajib)
» selawat sehingga larut garam
» jirus dari hujung kaki kanan sehingga umbun2.. (sekali sahaja)
» mandi mcm biasa.. ratakan air garam seluruh badan..
» biarkan ia menyerap dlm beberapa minit..
secara spiritualnya pula.. ha.. ni yg best nak citer ni...
» garam Aura qistinasalt ni saya dah adun kan dgn surah alruqyah dan bismillah 5.. nak tahu fadhilatnya bleh cari kat google k..
» secara yakin nya boleh menghindar dari anasir anasir jahat.. nak buat pagar rumah pun bulehhh...
» sape sape yg baru nak cuba mandian garam Aura qistinasalt.. amalkan selama 7 hari tanpa gagal.. kalau terlepas satu hari buat balik semula.. insyaallah.. segala yg kita inginkan dan rezeki akan dtg.. pasal ape???? hahaha.. nak tahu cuba la dulu garam Aura qistinasalt.. pm untuk order ye.... selamat mencuba....

wazi 019 676 8247
fb wazi sparta

Tuesday, May 21, 2013

kemunculan dajal

I love this Video from YouTube. http://youtu.be/TAa7u0Nb6t0 Powered by TubeMate(http://tubemate.net)

khasiat garam gunung kepada pesakit diabetes

Apa itu kencing manis? Kencing manis atau bahasa saintifiknya ‘diabetes’adalah satu keadaan di mana penghidap penyakit ini tidak dapat menghasilkan insulin di dalam badan .
Cara menggunakan garam gunung himalaya sebagai penawar kencing manis:Sedikit garam gunung dengan air suam, 1 sudu makan susu kambing dan diminum
Penyakit kencing manis ini terbahagi kepada 2 iaitu :
1. Diabetes Jenis 1
2. Diabetes Jenis 2
Bagi kedua-dua jenis diabetes di atas, menyebabkan paras sejenis gula di dalam tubuh penghidap yang dinamakan gukosa menjadi terlalu tinggi. Jika dibiarkan tanpa kawalan atau perubatan ia boleh menyebabkan masalah-masalah kesihatan yang lain.
Diabetes Jenis 1
Kencing manis jenis ini menyebabkan pankreas atau hempedu tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi bagi membawa gula daripada darah ke sel-sel yang lain dalam badan untuk menghasilkan tenaga. Keadaan ini menyebabkan kandungan gula dalam darah terkumpul dengan banyak dan jika dibiarkan berlarutan lama menyebabkan organ-organ dalaman dan salur-salur darah menjadi rosak.
Diabetes Jenis 2
Dianggarkan lebih kurang 2 juta rakyat Malaysia menghidap sakit kencing manis dan ini juga bersamaan dengan 8 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia. Daripada jumlah itu 90 hingga 95 peratus yang diperiksa oleh doktor menghidap penyakit kencing manis Jenis 2. Ia adalah keadaan di mana tubuh menghadapi masalah untuk menyerap atau mengggunakan insulin yang dihasilkan lantas menyebabkan paras gula di dalam badan menjadi tinggi.
Tanda-tanda anda menghidap penyakit kencing manis
1. Pandangan mata menjadi kabur
2. Kemampuan seks atau tenaga batin menurun
3. Sering merasa lesu dan badan tidak bermaya
4. Kencing yang kerap dan tidur terganggu kerana kerap kencing pada waktu malam
5. Otot-otot berasa sakit-sakit dan sengal atau berasa kebas-kebas(neuropathy)
6. Dahaga dan lapar yang kerap, dan akibatnya anda makan dengan kerap dan banyak tetapi berat badan tidak bertambah. Ada juga yang mengalami penurunan berat badan yang ketara dalam masa yang singkat.
7. Luka yang lambat sembuh dan luka yang bernanah
8. Kulit menjadi kering dan gatal-gatal

Risiko-Risiko Bahaya Kencing Manis Jenis 2
Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan Diabetes jenis 2 yang anda hidapi. Salah satu sebabdatangnya daripada faktor keturunan atau genetik dan satu lagi daripada sebab persekitaran dan gaya hidup. Antara penyebab-penyebabnya adalah seperti berikut:-
1. Menghidap penyakit darah tinggi dan kolestrol tinggi

Penyakit in adalah penyebab kepada pelbagai jenis penyakit kronik termasuklah Diabetes jenis 2. Ia boleh menyebabkan salur-salur darah menjadi rosak dan seterusnya membawa kepada penyakit lemah jantung, angin ahmar (stroke) dan kencing manis.
2. Peningkatan usia dan bertambah uzur

Kadang-kadang, sekiranya nasib anda tidak bertambah baik risiko dan kemungkinan mendapat kencing manis adalah tinggi kerana kajian yang dijalankan oleh saintis mendapati pankreas atau hempedu juga menjadi tua seperti kita. Oleh itu ia juga beransur-ansur kurang berupaya mengeluarkan insulin berbanding semasa anda muda. Sebab itu jugalah walaupun seseorang yang berusia mempunyai tubuh yang kurus mereka masih berpeluang untuk menghidap penyakit darah tinggi. Selain daripada itu, faktor umur yang tua juga menyebabkan lebih banyak sel-sel badan menolak serapan insulin yang dikeluarkan oleh pankreas (hempedu).
3. Keturunan dan sejarah keluarga

Sekiranya anda mempunyai ibu bapa, datuk atau nenek yang mempunyai Diabetes Jenis 2, kemungkinan bagi anda mendapat penyakit ini adalah tinggi.
4. Pernah menghidap diabetes semasa mengandung
Penyakit kencing manis ini yang dihidapi oleh 4 peratus daripada wanita yang mengandung. Ini berlaku apabila hormon yang dihasilkan oleh uri bayi dalam kandungan menolak insulin yang dihasilkan oleh ibunya. Ramai wanita yang mengalami masalah ini akhirnya mendapat diabetes bertahun kemudiannya selapas melahirkan anak. Bayi yang dilahirkan juga berisiko mendapat diabetes apabila membesar kelak.

khasiat garam gunung kepada pesakit diabetes

Apa itu kencing manis? Kencing manis atau bahasa saintifiknya ‘diabetes’adalah satu keadaan di mana penghidap penyakit ini tidak dapat menghasilkan insulin di dalam badan .
Cara menggunakan garam gunung himalaya sebagai penawar kencing manis:Sedikit garam gunung dengan air suam, 1 sudu makan susu kambing dan diminum
Penyakit kencing manis ini terbahagi kepada 2 iaitu :
1. Diabetes Jenis 1
2. Diabetes Jenis 2
Bagi kedua-dua jenis diabetes di atas, menyebabkan paras sejenis gula di dalam tubuh penghidap yang dinamakan gukosa menjadi terlalu tinggi. Jika dibiarkan tanpa kawalan atau perubatan ia boleh menyebabkan masalah-masalah kesihatan yang lain.
Diabetes Jenis 1
Kencing manis jenis ini menyebabkan pankreas atau hempedu tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi bagi membawa gula daripada darah ke sel-sel yang lain dalam badan untuk menghasilkan tenaga. Keadaan ini menyebabkan kandungan gula dalam darah terkumpul dengan banyak dan jika dibiarkan berlarutan lama menyebabkan organ-organ dalaman dan salur-salur darah menjadi rosak.
Diabetes Jenis 2
Dianggarkan lebih kurang 2 juta rakyat Malaysia menghidap sakit kencing manis dan ini juga bersamaan dengan 8 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia. Daripada jumlah itu 90 hingga 95 peratus yang diperiksa oleh doktor menghidap penyakit kencing manis Jenis 2. Ia adalah keadaan di mana tubuh menghadapi masalah untuk menyerap atau mengggunakan insulin yang dihasilkan lantas menyebabkan paras gula di dalam badan menjadi tinggi.
Tanda-tanda anda menghidap penyakit kencing manis
1. Pandangan mata menjadi kabur
2. Kemampuan seks atau tenaga batin menurun
3. Sering merasa lesu dan badan tidak bermaya
4. Kencing yang kerap dan tidur terganggu kerana kerap kencing pada waktu malam
5. Otot-otot berasa sakit-sakit dan sengal atau berasa kebas-kebas(neuropathy)
6. Dahaga dan lapar yang kerap, dan akibatnya anda makan dengan kerap dan banyak tetapi berat badan tidak bertambah. Ada juga yang mengalami penurunan berat badan yang ketara dalam masa yang singkat.
7. Luka yang lambat sembuh dan luka yang bernanah
8. Kulit menjadi kering dan gatal-gatal

Risiko-Risiko Bahaya Kencing Manis Jenis 2
Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan Diabetes jenis 2 yang anda hidapi. Salah satu sebabdatangnya daripada faktor keturunan atau genetik dan satu lagi daripada sebab persekitaran dan gaya hidup. Antara penyebab-penyebabnya adalah seperti berikut:-
1. Menghidap penyakit darah tinggi dan kolestrol tinggi

Penyakit in adalah penyebab kepada pelbagai jenis penyakit kronik termasuklah Diabetes jenis 2. Ia boleh menyebabkan salur-salur darah menjadi rosak dan seterusnya membawa kepada penyakit lemah jantung, angin ahmar (stroke) dan kencing manis.
2. Peningkatan usia dan bertambah uzur

Kadang-kadang, sekiranya nasib anda tidak bertambah baik risiko dan kemungkinan mendapat kencing manis adalah tinggi kerana kajian yang dijalankan oleh saintis mendapati pankreas atau hempedu juga menjadi tua seperti kita. Oleh itu ia juga beransur-ansur kurang berupaya mengeluarkan insulin berbanding semasa anda muda. Sebab itu jugalah walaupun seseorang yang berusia mempunyai tubuh yang kurus mereka masih berpeluang untuk menghidap penyakit darah tinggi. Selain daripada itu, faktor umur yang tua juga menyebabkan lebih banyak sel-sel badan menolak serapan insulin yang dikeluarkan oleh pankreas (hempedu).
3. Keturunan dan sejarah keluarga

Sekiranya anda mempunyai ibu bapa, datuk atau nenek yang mempunyai Diabetes Jenis 2, kemungkinan bagi anda mendapat penyakit ini adalah tinggi.
4. Pernah menghidap diabetes semasa mengandung
Penyakit kencing manis ini yang dihidapi oleh 4 peratus daripada wanita yang mengandung. Ini berlaku apabila hormon yang dihasilkan oleh uri bayi dalam kandungan menolak insulin yang dihasilkan oleh ibunya. Ramai wanita yang mengalami masalah ini akhirnya mendapat diabetes bertahun kemudiannya selapas melahirkan anak. Bayi yang dilahirkan juga berisiko mendapat diabetes apabila membesar kelak.

Sunday, May 19, 2013