Apa itu kencing manis? Kencing manis atau bahasa saintifiknya ‘diabetes’adalah satu keadaan di mana penghidap penyakit ini tidak dapat menghasilkan insulin di dalam badan .
Cara menggunakan garam gunung himalaya sebagai penawar kencing manis:Sedikit garam gunung dengan air suam, 1 sudu makan susu kambing dan diminum
Penyakit kencing manis ini terbahagi kepada 2 iaitu :
1. Diabetes Jenis 1
2. Diabetes Jenis 2
Bagi kedua-dua jenis diabetes di atas, menyebabkan paras sejenis gula di dalam tubuh penghidap yang dinamakan gukosa menjadi terlalu tinggi. Jika dibiarkan tanpa kawalan atau perubatan ia boleh menyebabkan masalah-masalah kesihatan yang lain.
Diabetes Jenis 1
Kencing manis jenis ini menyebabkan pankreas atau hempedu tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi bagi membawa gula daripada darah ke sel-sel yang lain dalam badan untuk menghasilkan tenaga. Keadaan ini menyebabkan kandungan gula dalam darah terkumpul dengan banyak dan jika dibiarkan berlarutan lama menyebabkan organ-organ dalaman dan salur-salur darah menjadi rosak.
Diabetes Jenis 2
Dianggarkan lebih kurang 2 juta rakyat Malaysia menghidap sakit kencing manis dan ini juga bersamaan dengan 8 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia. Daripada jumlah itu 90 hingga 95 peratus yang diperiksa oleh doktor menghidap penyakit kencing manis Jenis 2. Ia adalah keadaan di mana tubuh menghadapi masalah untuk menyerap atau mengggunakan insulin yang dihasilkan lantas menyebabkan paras gula di dalam badan menjadi tinggi.
Tanda-tanda anda menghidap penyakit kencing manis
1. Pandangan mata menjadi kabur
2. Kemampuan seks atau tenaga batin menurun
3. Sering merasa lesu dan badan tidak bermaya
4. Kencing yang kerap dan tidur terganggu kerana kerap kencing pada waktu malam
5. Otot-otot berasa sakit-sakit dan sengal atau berasa kebas-kebas(neuropathy)
6. Dahaga dan lapar yang kerap, dan akibatnya anda makan dengan kerap dan banyak tetapi berat badan tidak bertambah. Ada juga yang mengalami penurunan berat badan yang ketara dalam masa yang singkat.
7. Luka yang lambat sembuh dan luka yang bernanah
8. Kulit menjadi kering dan gatal-gatal
Risiko-Risiko Bahaya Kencing Manis Jenis 2
Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan Diabetes jenis 2 yang anda hidapi. Salah satu sebabdatangnya daripada faktor keturunan atau genetik dan satu lagi daripada sebab persekitaran dan gaya hidup. Antara penyebab-penyebabnya adalah seperti berikut:-
1. Menghidap penyakit darah tinggi dan kolestrol tinggi
Penyakit in adalah penyebab kepada pelbagai jenis penyakit kronik termasuklah Diabetes jenis 2. Ia boleh menyebabkan salur-salur darah menjadi rosak dan seterusnya membawa kepada penyakit lemah jantung, angin ahmar (stroke) dan kencing manis.
2. Peningkatan usia dan bertambah uzur
Kadang-kadang, sekiranya nasib anda tidak bertambah baik risiko dan kemungkinan mendapat kencing manis adalah tinggi kerana kajian yang dijalankan oleh saintis mendapati pankreas atau hempedu juga menjadi tua seperti kita. Oleh itu ia juga beransur-ansur kurang berupaya mengeluarkan insulin berbanding semasa anda muda. Sebab itu jugalah walaupun seseorang yang berusia mempunyai tubuh yang kurus mereka masih berpeluang untuk menghidap penyakit darah tinggi. Selain daripada itu, faktor umur yang tua juga menyebabkan lebih banyak sel-sel badan menolak serapan insulin yang dikeluarkan oleh pankreas (hempedu).
3. Keturunan dan sejarah keluarga
Sekiranya anda mempunyai ibu bapa, datuk atau nenek yang mempunyai Diabetes Jenis 2, kemungkinan bagi anda mendapat penyakit ini adalah tinggi.
4. Pernah menghidap diabetes semasa mengandung
Penyakit kencing manis ini yang dihidapi oleh 4 peratus daripada wanita yang mengandung. Ini berlaku apabila hormon yang dihasilkan oleh uri bayi dalam kandungan menolak insulin yang dihasilkan oleh ibunya. Ramai wanita yang mengalami masalah ini akhirnya mendapat diabetes bertahun kemudiannya selapas melahirkan anak. Bayi yang dilahirkan juga berisiko mendapat diabetes apabila membesar kelak.
No comments:
Post a Comment