Stigma bunga Za'faran ini juga telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di negara-negara Timur Tengah. Selain untuk melazatkan makanan, ia juga dianggap ramuan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi, dan bahan pewarna. Zafaran kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin. Ia merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai 'King of Spices'.
Za'faran adalah herba yang digunakan semenjak zaman Rasulullah (saw) lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal. Terdapat pelbagai kaedah penggunaannya seperti mana disebutkan dalam kitab-kitab tua serta kitab perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap sebagai herba ajaib bagi sesetengah pengamal perubatan Islam kerana kelebihan dan keistimewaannya yang tinggi dan tersendiri.
Ulamak-ulamak perubatan Islam telah membuat kajian dan mengesahkan tentang khasiat-khasiatnya sebagaimana yang tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam. Malah ahli-ahli perubatan moden barat juga telah mengakui tentang kehebatan za’faran ini.
Bagi menghasilkan 10 grams stigma(filament) za’faran, ia memerlukan 1000 kuntum bunga za’faran. Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM 20,000.00 per kilogram. Ia juga dikenali sebagai salah satu herba yang paling mahal di dunia.
Harganya di Malaysia adalah sangat tinggi iaitu mencecah di antara RM10,000.00 hingga RM22,000.00 berdasarkan grednya.
*KHASIAT ZA'FARAN*
" Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
" Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
" Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
" Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)
" Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
" Bengkak hati atau hipatitis A dan B
" Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
" Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
" Menambahkan tenaga zahir dan batin
" Masalah mati pucuk, sembelit
" Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
" Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
" Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
" Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
" Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
" Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
" Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, insya' Allah
Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
Maksudnya:
"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."
*Pembentukan Kimia*
Kajian kimia keatas Stigma bunga Za'faran (Crocus Sativas Stigmas) melapurkan bahawa ia menggandungi carotenoid seperti crocetin (juga dikenali sebagai a-crocetin atau crocetin-l), glycoside (sekempulan compound yang terbentuk dari gula @ monosaccharide), gentioglucoside (pembentukan dari gula) dan diglucoside.
y –Crocetin (monomethyl ester), y –crocetin (dimethylester), trans crocetin isomer, 13-cis-crocetin; a-carotene, β-carotene, lycopene, zeaxanthin dan mangicrocin, a xanthone-carotenoid glycosidic conjugate⁷.
Kandunggan pewarna zafran adalah terhasil dari crocins, dan carotenoids yang amat mudah larut dalam air (cis dan trans glucosyl ester dari crocetin). Monoterpene aldehydes picrocrocin dan deglycosylated bersamaan safranal (dehydro-β-cyclocitral), terbentuk didalan zafran atas tindak balas dari pengeringan air picrocrocin, adalah memainkan peranan penting dalam rasa pahit dan hasil aroma.
Anthocyanins, flavonoids, vitamin (terutamanya riboflavin dan thiamine), asid amino, protein, kanji, galian, getah dan lain lain bahan kimia juga terdapat didalam zafran Diantara pembentukan ekstrak zafran, crocetin yang bertanggungjawab pada aktiviti pharmakologikalnya, selain dari Monoterpene aldehydes dan kampound isophorone seperti:
2,6,6-trimethyl-4-hydroxy-1-cyclohexen-1-carbocaldehyde,
2,4,4-trimethyl-3-formyl-6-hydroxy-2,5-cylohexadien-1-one,isophorone,
3,5,5-trimethyl-1,4-cyclohexadion-2-ene dan
3,5,5-trimethyl-2-hydroxy-1,4-cyclohexadion-2-ene, dikaji berasingan dari hasil peyerapan zafran melalui IR,UV,NMR dan mass spectroscopy.
Selain dari tersebut zafran juga menggandungi 5 ke 8% lemak dan lilin (wax), 12 ke 13 % protin dan sedikit minyak yang meyumbang kepada bauan zafran.
pm at facebook as wazi sparta
page link http://www.facebook.com/AuraQistinasalt
019-6768247