Thursday, May 16, 2013

kenal ke garam gunung

GARAM KRISTAL GUNUNG HIMALAYA adalah garam bukit yang berasal dari kawasan gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang paling berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang amat sempurna. Ia mengandungi semua unsur yang terdapat dalam tubuh manusia.
Garam Gunung Himalaya berbeza daripada garam halus biasa yang diproses yang mana kandungan sodiumnya adalah sodium pasif yang menyebabkan tekanan darah naik. Garam memudharatkan apabila proses “pembersihan” turut menyahkan unsur potassium, kalsium, magnesium dan besi yang perlu bekerjasama dengan sodium. Garam merupakan satu rahmat daripada Allah SWT yang boleh dinikmati dan tidak semestinya ditakuti kemudharatannya.
Garam bukit menambah kualiti segala sesuatu yang dicampur dengannya.Ia berfungsi sebagai pemangkin dalam tindakbalas kimia oleh itu sangat perlu dalam penghadaman dan pencernaan makanan, mengurangkan masalah angin dan gastrik. Ia sangat cekap melancarkan pengaliran darah, merangsang kelenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh. Ia kaya dengan iodin dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah osteoporosis.
Fakta
  * Garam meningkatkan kadar metabolisma dan memecahkan rangkaian lemak dan kolesterol
  * Melancarkan pengaliran jus hempedu, penting dalam pengawalan berat badan.
  * Dapat menyahkan toksin dan asid uric, dengan itu dapat merawat masalah gout dan sakit tumit.
  * Garam mengandungi unsur pembersih, penghilang lendir, bersifat penyerap dan mencegah bau busuk dan kerosakan lantas mengelakkan keracunan dalam perut.
  * Garam mampu menyerap gas-gas lengai dalam perut dan usus.
  * Garam merangsang kelenjar tiroid yang penting dalam pembinaan tulang yang kuat (bone minerlisation).
  * Bersifat pengalir yang efisien
  * Garam melancarkan system saraf dan pengaliran neuro transmitters yang menghantar isyarat kepada otak.
  * Sifat penyerapan garam adalah faktor yang penting dalam rawatan kanser yang merupakan penyakit dasar.
  * Garam menambahkan kandungan oksigen dalam darah yang sangat diperlukan untuk melemahkan virus kanser.Pengetahuan - Garam Bukit untuk kesihatan.
Apakah dia antara RAHSIA MAKANAN TERNAKAN yang bermutu tinggi & berkhasiat? terdapat satu unsur semulajadi yang Allah jadikan dengan kesempurnaan sifatnya memberikan banyak manfaat kepada manusia, tumbuhan dan haiwan, yakni kewujudan garam bukit.
*KEBAIKAN GARAM BUKIT:*
  * menyihatkan tubuh badan dan menyeimbangkan cas dalam tubuh
  * melancarkan darah
  * menyuburkan kesihatan ternakan
  * membunuh kuman dalam udaraGaram bukit atau yang dipanggil rock salt ini wujud sebagai lapisan mendapan mineral di kawasan tanah tinggi, di bukit-bukau,gunung-ganang dan ada juga di kawasan laut/tasik yang surut atau di playa. garam bukit terhasil daripada mendapan garam daripada laut sejak beribu-ribu tahun dahulu.

http://www.facebook.com/AuraQistinasalt
facebook wazi sparta
0196768247

No comments:

Post a Comment